Bantahan Kepada Tindakan UPM Memberikan Nasihat Keras Kepada 5 Orang Mangsa Kejadian Kes Keganasan UPM

Sign Now
petition image
Membantah Tindakan UPM untuk Memberikan Nasihat Keras Kepada 5 Orang Mangsa Kejadian Kes Keganasan UPM

Kami sebagai orang awam, berasa amat kecewa atas keputusan siasatan kes Insiden Kafetaria Kolej yang telah dikemukakan oleh Jawatankuasa Siasatan yang kononnya bebas dan berkecuali. Kami bersetuju bahawa penyiasiatan tersebut telah dijalankan dengan tidak telus serta tidak adil. Dengan itu, kami menolak keputusan penyiasatan Jawatankuasa tersebut serta membantah tindakan pihak universiti untuk mengeluarkan surat nasihat keras kepada 5 orang mangsa kejadian.

2. Justeru itu, kami menuntut bahawa:

a. Pihak Universiti menarik balik surat nasihat keras daripada 5 orang mangsa kes keganasan, iaitu: Chew Siew Fong, Ooi Tze Min, Lim Sok Swan, Lye Che Yee dan Kam Poay Hua.

b. Pihak universiti menarik balik kenyataan yang penuh dengan fakta-fakta yang tidak benar mengenai kes keganasan.

c. Jawatankuasa Siasatan mengemukakan semua dokumen-dokumen dan bukti-bukti yang dikumpul berkaitan dengan kes ini, termasuk senarai nama 11 orang pelajar yang dikatakan terlibat dalam kes keganasan tersebut.

d. Menubuhkan sebuah Jawatankuasa Siasatan baru yang telus, adil, bebas serta dipersetujui oleh semua pihak untuk menjalankan siasatan terhadap kes keganasan tersebut.

e. Abdul Manaf Ariffin meletak jawatannya sebagai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta meminta maaf kepada seluruh warga UPM.

f. Pihak universiti mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawai keselamatan yang tidak professional dan tidak menjaga keselamatan mahasiswa UPM, terutamanya Yusof bin Mahaideen.

g. Pihak Kementerian Pengajian Tinggi memberi perhatian sepenuhnya untuk memperbetulkan tindakan pihak universiti yang jelasnya memihak kepada pengganas serta tidak adil.

h. Pihak Kementerian Penajian Tinggi untuk mengarahkan perletakan jawatan Naib canselor pihak univeristi, sekiranya beliau terus mengenepikan rayuan awam untuk terus menindas 5 orang mangsa kes keganasan yang tidak bersalah.

3. Kami mengharapkan maklum balas segera dari pihak tuan. Segala kerjasama pihak tuan didahului dengan ribuan terima kasih.
Sign The Petition
OR

If you already have an account please sign in, otherwise register an account for free then sign the petition filling the fields below.
Email and password will be your account data, you will be able to sign other petitions after logging in.

Privacy in the search engines? You can use a nickname:

Attention, the email address you supply must be valid in order to validate the signature, otherwise it will be deleted.

I confirm registration and I agree to Usage and Limitations of Services
I confirm that I have read the Privacy Policy
I agree to the Personal Data Processing
Shoutbox
Sign The Petition
OR

If you already have an account please sign in

I confirm registration and I agree to Usage and Limitations of Services
I confirm that I have read the Privacy Policy
I agree to the Personal Data Processing
Goal
0 signatures
Goal: 5,000
Latest Signatures
no signatures yet
browse all the signatures »
Information
In: -
Petition target:
Menteri Kementerian Pengajian Tinggi dan Naib Canselor UPM
Tags
No tags
Embed Codes
direct link
link for html
link for forum without title
link for forum with title
728×90
468×60
336×280
125×125