Bersama Kita Berhentikan Pembinaan Insinerator Di Cameron Highlands
Sign Now
Insinerator adalah satu struktur untuk membakar sampah yang tidak mesra alam.
Tahukah anda sebuah Insinerator sedang dibina di Blue Valley, Cameron Highlands dengan kos hampir RM40 juta?
SOALAN: Bukankah bakar sampah kurangkan bau busuk dan jimat tempat?
JAWAPAN: Ramai fikir begitu. Tetapi membakar sampah boleh cemar alam sekitar dan bahaya untuk manusia.
MENGAPA INSINERATOR ITU MERBAHAYA?
1.Toksik kepada sayuran dan bunga.
2.Mengeluarkan gas dan abu pembakaran yang bahaya (mengandungi logam berat dan klorin).
3.Boleh menyebabkan kanser,kelahiran bayi cacat,menjejas sistem produktif manusia, sistem neurologi dan sistem respirasi.
APAKAH ITU PEMBUANGAN SIFAR?
Pembuangan sifar atau Zero Waste adalah satu kaedah di mana pembuangan sampah dikurangangkan sebanyak yang boleh melalui kaedah-kaedah seperti:
1. Kitar semula
2. Mengurangkan Penggunaan
3. Guna Semula
4. Composting
Kaedah ini boleh digunakan di Cameron dimana sampah harus dipisahkan ketika pembuangan kali pertama. Kaedah ini juga lebih murah berbanding RM40 juta yang dibelanjakan untuk membina insenerator. Kaedah ini digunakan dengan jayanya di Jepun, Filipina dan India.
APA YANG ANDA BOLEH BUAT:
1. Sertai kami dalam ceramah Anti-Insinerator.
2. Tandatangan petisyen Anti-Insinerator ini.
3. E-mail atau faks surat bantahan anda kepada:
Menteri,
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Aras 3-7, Blok K, Peti Surat 12579,
Pusat Bandar Damansara, 50782 Kuala Lumpur.
No. Faks : 03-2094 0781 E-mel: [email protected]
BERSAMA KITA SELAMATKAN ALAM SEKITAR CAMERON HIGHLANDS
If you already have an account please sign in, otherwise register an account for free then sign the petition filling the fields below.
Email and password will be your account data, you will be able to sign other petitions after logging in.
Continue with Google