Penderitaan Warga Cheras, Kami Tak Nak Tol
Sign Now
YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib Bin Abdul Razak,
Kami yang menandatangani petisyen ini dengan segala hormatnya meminta jasabaik Y.A.B. untuk memansuhkan tol Lebuhraya Cheras-Kajang yang telah memberatkan beban kami selama dua belas tahun yang lalu.
Sebab-sebab kami meminta untuk memansuhkan tol tersebut adalah seperti berikut:
1)Penswastaan Lebuhraya Cheras-Kajang telah me beban rakyat
2)Dengan penambahan pengguna jalanraya, Grand Saga Sdn Bhd bukan sahaja telah memulihkan kos pembinaan yang bernilai RM286.49 juta malah telah mengaut keuntungan yang sepatutnya sepanjang 12 tahun yang berlalu.
3)Menurut konsesi yang telah ditandatangani oleh kerajaan pusat dengan Grand Saga Sdn Bhd, adalah dibenarkan untuk menaikkan harga tol dalam tempoh-tempoh yang tertentu. Kami tidak tahu berapa kali lagi harganya akan dinaikkan lagi. Walau bagaimanapun, kerajaan pusat telah membayar pampasan sebanyak RM105.15 juta kepada Grand Saga Sdn Bhd dalam tempoh 12 tahun yang lalu dengan menggunakan wang rakyat.
4)Kenaikan bayaran tol hanya memberatkan beban rakyat tetapi tidak menyelesaikan masalah kesesakan lebuhraya yang semakin teruk.
5)Kontrak tersebut di klasifikasikan sebagai dokumen sulit yang membenarkan pihak-pihak tertentu memanupulasikannya dengan sesuka hati. Ini jelas menunjukkan cara memerintah yang tidak telus dan tiada transpirasi oleh kerajaan pusat.
Jesteru itu, berharap tol tersebut akan di mansuhkan dengan secepat yang mungkin.
Sekian, terima kasih.
If you already have an account please sign in, otherwise register an account for free then sign the petition filling the fields below.
Email and password will be your account data, you will be able to sign other petitions after logging in.
Continue with Google