Tuntutan Mengkaji Semula Dasar Latihan Praktikal di Luar Negara bagi Pelajar Perubatan Malaysia di Moscow (MSMU DAN RSMU).

Sign Now
petition image

Kami ingin menyuarakan tuntutan pelajar bagi Latihan praktikal yang diadakan di Moscow bagi sesi lepas,tahun 2010.
Latihan praktikal bagi pelajar MSMU dan RSMU diadakan di beberapa hospital utama di sini.

Kepakaran yang ada di hospital-hospital berikut tidak dinafikan kewibawaannya. Ramai di antara mereka adalah pakar yang bukan sahaja terlibat dalam klinikal di hospital malahan juga merupakan pakar rujuk rantau bagi bidang tertentu seperti nephrology, neurology dan systemic disease. Tambahan pula Moscow sebagai ibu Negara Russia dan pusat rujukan perubatan Eropah Timur ini memiliki banyak hospital dan klinik yang khusus (highly specialized centres). Ini sebenarnya memberi banyak pendedahan lebih-lebih lagi terhadap kes-kes luar biasa yang kompleks dan sukar ditemui di Malaysia.
Walaubagaimanapun, masalah timbul berikutan beberapa sebab :-


1. Pengkhususan klinik-klinik dan hospital-hospital di sini menjadikan amat sukar untuk pelajar mendapat pendedahan sepatutnya untuk General Practice yang sangat-sangat diperlukan ketika pulang berkhidmat di Malaysia kelak.(i.e pelajar ditempatkan di ICU hospital neurology, jabatan neurosurgery), maka hampir mustahil pelajar mendapat latihan yang relevan dengan keperluan.

2. Keadaan di Moscow agak berbeza iaitu praktikal berjalan di Musim Panas , di mana jumlah pesakit amat berkurangan di hospital, manakala pada musim lain pula pelajar tidak punya cuti yang cukup untuk menjalankan praktikal (only short breaks).

3. Disebabkan terdapat begitu ramai pelajar perubatan russia,malaysia dan juga dari negara2 yang lain ketika itu , yang menjalani latihan pada masa yang sama , lalu nisbah pesakit dan pelajar yang ada menjadi tidak seimbang .

4. Penempatan di jabatan yang tidak bersesuaian atau tidak setara dengan tahap pembelajaran pelajar.

5. Penyelia atau doktor tidak mengikut garis panduan dalam teori pelaksanaan praktikal yang telah ditetapkan.

6. Silibus yang tidak teratur menyebabkan para pelajar tidak dapat melaksanakan sesi praktikal dengan efisien.

7. Pelajar diarahkan melakukan kerja-kerja yang tidak berkaitan dengan silibus pembelajaran sebagai contoh pelajar terpaksa membersihkan bilik pesakit.

8. Bagi sesetengah wad di hospital , hampir setiap hari , pelajar hanya diarahkan untuk menyalin semula laporan pesakit dan digesa untuk balik awal ke rumah.

9. Disebabkan terlalu ramai pelajar dalam dan luar negara Russia menjalani praktikal di hospital yang sama, pelajar-pelajar luar Negara yang lain termasuk pelajar Malaysia , didiskriminasikan dan tidak diberikan peluang untuk melakukan apa-apa tugas berkaitan praktikal.

10. Terdapat masalah komunikasi dari segi bahasa pengantaraan terutamanya antara penyelia dan pelajar .

11. Sistem pengurusan yang lemah antara pihak universiti dengan pihak hospital dan ada sesetengah hospital ini tidak berkerjasama dengan pihak dekan universiti.

12. Sistem pengurusan hospital dan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan yang sangat berbeza di sini (tidak seperti di Negara-negara komanwel). Adalah dikhuatiri jika pelajar dari sini tidak dibenarkan menjalani latihan praktikal di Malaysia, kejutan budaya berikutan kelainan sistem ini akan dialami sewatu mula bekerja.

Walaupun begitu, bagi sesetengah jabatan , pelajar-pelajar diberi peluang untuk melihat sendiri pembedahan yang akan dilakukan oleh doktor.

CADANGAN:

Umum mengetahui bahawa semua pelajar Malaysia yang belajar di Rusia akan memulakan kerjaya sebagai doktor di Malaysia. Lantaran itu, amatlah wajar sekali kami diberikan pendedahan asas atau training ground kepada suasana kerja di hospital-hospital Malaysia. Harus ditekankan di sini bahawa sistem kerja di hospital Rusia amatlah berlainan dengan cara kerja hospital di Malaysia. Maka, sekiranya kami belum pernah didedahkan dengan orientasi kerja Malaysia, pastinya kami akan menghadapi kesukaran yang nyata apabila kami memulakan kerja di Malaysia kelak. Pendedahan yang kami maksudkan adalah dari segi tugasan seorang doktor , dan tanggungjawab beliau kepada para pesakit, staff hospital dan juga kepada masyarakat sekeliling.

Mengadakan kerjasama dengan institusi pengajian perubatan tempatan seperti USM, USIM, UiTM dan UM supaya mereka dapat mengambil kami sebagai pelajar praktikal mereka sepanjang sesi praktikal musim panas di Malaysia. Untuk mengelakkan jumlah pelajar praktikal yang terlalu ramai di hospital universiti, maka kami rela untuk ditempatkan di mana-mana hospital atau klinik kesihatan yang dirasakan kurang sesak dan bersesuaian di serata Malaysia.

Sekiranya pihak universiti masih bertegas supaya kami menjalankan sesi praktikal di Rusia, sekurang-kurangnya biarlah berkonsepkan 50-50 yakni, separuh tempoh pertama dilakukan di Rusia, manakala separuh tempoh kedua dilakukan di Malaysia.

Kami sepatutnya dibekalkan dengan garis panduan dan buku log kerja yang sesuai dengan tahap pembelajaran dan tahun pengajian kami, bukanlah dengan gerak kerja yang di luar skop pengetahuan kami.

Dan sekiranya jumlah doktor penyelia tidak mencukupi, memadai juga dengan jururawat atau pembantu perubatan untuk menyelia kami, asalkan segala kemahiran asas praktikal dapat dipelajari. Apa yang penting bagi kami adalah peluang untuk memperoleh hands-on experience seperti melakukan prosedur di dalam wad terhadap pesakit, dan membantu pegawai perubatan di unit kecemasan.
Sign The Petition
OR

If you already have an account please sign in, otherwise register an account for free then sign the petition filling the fields below.
Email and password will be your account data, you will be able to sign other petitions after logging in.

Privacy in the search engines? You can use a nickname:

Attention, the email address you supply must be valid in order to validate the signature, otherwise it will be deleted.

I confirm registration and I agree to Usage and Limitations of Services
I confirm that I have read the Privacy Policy
I agree to the Personal Data Processing
Shoutbox
Sign The Petition
OR

If you already have an account please sign in

I confirm registration and I agree to Usage and Limitations of Services
I confirm that I have read the Privacy Policy
I agree to the Personal Data Processing
Goal
400 signatures
Goal: 100
Latest Signatures
16 January 2016
400. Chen Yeath | I support this petition
15 January 2016
399. Mugilan T | I support this petition
3 January 2016
398. Goh Yik | I support this petition
2 January 2016
397. Gajendra P | I support this petition
28 December 2015
396. Nurul Wahidabintim | I support this petition
24 December 2015
395. Abdul Azizbinabdulr | I support this petition
15 December 2015
394. Jerry Alw | I support this petition
12 December 2015
393. Ima S | I support this petition
11 December 2015
392. Siti Zubaidahabdulh | I support this petition
11 December 2015
391. Eng Yiq | I support this petition
9 December 2015
390. Kim Weer | I support this petition
30 November 2015
389. Maatharasi B | I support this petition
28 November 2015
388. Kalaikumar A | I support this petition
27 November 2015
387. Yip Shiny | I support this petition
26 November 2015
386. Nurul Farhanamohdf | I support this petition
24 November 2015
385. Rajsree Navanitohk | I support this petition
21 November 2015
384. Jazlan J | I support this petition
8 November 2015
383. Fatinnawwar Silambintiabum | I support this petition
6 November 2015
382. Jasraj Singhaljaswirs | I support this petition
31 October 2015
381. Sanamjit K | I support this petition
28 October 2015
380. Shahnaz S | I support this petition
26 October 2015
379. Sanggari Aps | I support this petition
21 October 2015
378. Wan Hasifiaminbinwanz | I support this petition
16 October 2015
377. Jeremy L | I support this petition
15 October 2015
376. Nabilah Abdr | I support this petition
browse all the signatures »
Information
In: -
Petition target:
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Perubatan Malaysia
Tags
No tags
Embed Codes
direct link
link for html
link for forum without title
link for forum with title
728×90
468×60
336×280
125×125