Penjarakan Bapa Ingkar Bayar Nafkah
Sign Now
PEMBERIAN nafkah diwajibkan kepada isteri dan anak pada kadar yang berpatutan, bergantung kepada kemampuan suami terbabit, bukannya secara berlebihan sehingga menyusahkannya.
Firman Allah melalui ayat 7, surah at-Talaq, bermaksud: Orang yang mempunyai kemampuan hendaklah memberikan nafkah mengikut kemampuannya.
Bagaimanapun, dalam masyarakat hari ini, wujud pelbagai gaya dan taraf kehidupan.
Mungkin ada kes suami atau bapa tidak memberikan nafkah dengan sempurna, terutama selepas bercerai.
Sudah tentu jika berlaku sedemikian, bekas isteri teraniaya, manakala anaknya pula hidup dalam terdesak dan tidak mustahil ada yang `mengikat perut'.
Peguam Syarie, Roshdan Sujak Rafie berkata, masih ramai yang tidak faham mengenai konsep pemberian nafkah anak-anak sebaliknya menganggap ia merupakan kewajipan kepada penjaga-sama ada penjaga itu ibu atau bapa.
Menurutnya, tanggungjawab memberi nafkah itu sebenarnya diletakkan kepada bapa dan ditentukan berdasarkan keperluan anak dan kemampuan pihak yang menanggung kewajipan tersebut.
Bapa jelasnya, berkewajipan dalam mengadakan nafkah anak-anak dengan sebab kelahiran sebagaimana wajib ke atasnya membiayai isteri dengan sebab anak pula.
``Mereka wajib mengadakan nafkah bagi anak-anak tidak kira sama ada hak jagaan anak-anak diberikan kepada dirinya sendiri atau berada pada pihak ibu,'' ujarnya ketika membincangkan kertas kerja bertajuk Kesan Perceraian Ke Atas Nafkah atau Hadanah.
Kenyataan ini diperkukuh berdasarkan kepada firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Baqarah ayat 2: 233) yang bermaksud: Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya..
Dalam konteks perundangan keluarga Islam di negara ini sendiri katanya, kewajipan mengadakan nafkah anak-anak diletakkan atas tanggungjawab bapa.
Seksyen 73 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003 memperuntukan bahawa kewajipan menanggung nafkah anak adalah bagi lelaki.
Seksyen 73 menyebut; ``Kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah mahkamah memperuntukan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagaimana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupannya atau dengan membayar kosnya''.
Hak mengadakan nafkah anak-anak kata Roshdan, hanya akan terhenti bila usia mereka mencapai usia 18 tahun, kecuali ada perintah lain dibuat berkenaan dengannya atau pembatalan dilakukan terhadap perintah tersebut.
Bagaimanapun, katanya mana-mana pihak yang menjaga pihak tersebut berhak untuk memohon tempoh lanjutan untuk saraan nafkah anak-anak tersebut sekiranya kanak-kanak itu masih memerlukan wang saraan dalam masa penjagaannya, terutama anak-anak yang masih belajar, kurang upaya dan sebagainya.
``Hak jagaan anak akan ditentukan berdasarkan kepada kebajikan dan kemaslahatan anak, di samping kelayakan pihak-pihak yang memohon hak tersebut,'' ujarnya.
Menjelaskan mengenai kadar nafkah, beliau berkata, ia akan dinilai berdasarkan keperluan anak-anak itu sendiri. Ini termasuklah dari segi makan minum, pakaian, pendidikan, pengawasan dan sebagainya.
``Bagaimanapun mahkamah berhak menentukan kadar tersebut dengan mengambil kira kemampuan si bapa.
``Ini penting memandangkan bapa adalah orang yang bertanggungjawab mengeluarkan perbelanjaan dan sudah tentunya kemampuan dan tanggungan bapa akan dinilai sebelum sesuatu keputusan dibuat,'' ujarnya
Di atas dipetik dari keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17 May 2004.
Apparently, all these years, we have been fighting and arguing about the above issue. Nafkah anak. To be more precise, nafkah anak yang TERTUNGGAK. A lot has been said on the later said issue but none has been taken seriously. Up-to-date, we (single-moms) are still waiting for something firm, as in a lawfully enforced act, or/and action by the cabinet.
Therefore, I would like to high-light a recent article, extracted from Utusan Malaysia dated 5 June 2007.
Penjarakan mereka, gantung lessen memandu, jangan barukan lessen perniagaan mereka. Inilah beberapa tuntuan daripada para wanita yang mendapati betapa susahnya untuk membuat bekas suami mereka membayar nafkah bulanan.
Bayaran nafkah yang lewat atau tidak membayar nafkah langsung menjurus pada penganiyaan isteri serta anak-anak, namun belum banyak dilakukan untuk mengatasi masalah ini.
Di Klinik Bantuan Guaman Sisters In Islam (SIS), misalnya dalam tahun ini sahaja, hampir 30\% daripada 214 kes yang diterima adalah kes nafkah yang tertunggak dan tidak dibayar.
**
Let me share my personal experience Ive been divorced for 3 years plus. Over the years, I could count the months I get nafkah. Nafkah eddah & mutaah pun tak berbayar. And he even refuse to pay up EVEN AFTER A COURT ORDER !!!
Throughout the years, a lot have been said and yet, father's, ex-husband's get away with it. They just simply don't get it.
So readers, lets hear it. Speak up & be heard !
If you already have an account please sign in, otherwise register an account for free then sign the petition filling the fields below.
Email and password will be your account data, you will be able to sign other petitions after logging in.
Continue with Google