Kepada pengurusan Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics dan Majlis Perwakilan Pelajar CICT, kami pelajar kolej Cybernetics, ingin memohon supaya arahan pemakaian baju kolej di tarik balik. Perkara ini adalah tidak sepatutnya dilakukan. Kami mempersoalkan kenapa perlu dibuat sebegitu rupa. Alasan untuk mengutip tabung kebajikan adalah tidak praktikal. Ini adalah kerana kutipan tabung sepatutnya dikutip secara ikhlas dan bukan secara paksa.Selain itu alasan untuk menaikkan imej kolej adalah tidak munasabah. Apakah dengan memakai baju itu, kita semua dapat menaikkan nama kolej. Sepatutnya MPP menumpukan kepada masalah disiplin dan masalah sosial yang semakin teruk di kalangan pelajar. Semakin ramai pelajar yang memakai pakaian ketat, mewarnakan rambut, lelaki berpakaian seperti perempuan dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Sekiranya masalah tersebut dapat diatasi, saya yakin imej kolej akan menyerlah. Kami memohon agar pihak kolej dan MPP dapat menimbangkan semula arahan tersebut.