Bantahan terhadap kenaikan tol 5 lebuhraya di Lembah Klang

Sign Now
petition image
Kami yang menandatangani di bawah, merupakan orang ramai dan pemandu-pemandu kereta di Lembang Klang, Malaysia, ingin merakamkan bantahan keras kami terhadap pengumuman terakhir oleh Kerajaan pimpinan UMNO bahawa tol akan dinaikkan di lima buah lebuhraya utama di Lembah Klang mulai 1 Januari 2007.

Kelima-lima lebuhraya ini ialah Guthrie Corridor Expressway (GCE), Shah Alam Highway (KESAS), Damansara-Puchong Highway (LDP), Kuala Lumpur-Karak Highway dan Cheras-Kajang Highway.

Kerajaan pimpinan UMNO telah menandatangani perjanjian-perjanjian konsesi dengan pengusaha-pengusaha lima buah lebuhraya ini, iaitu Guthrie Corridor Expressway Sdn. Bhd., KESAS Sdn. Bhd., Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd., MTD Prime Sdn. Bhd. dan Grand Saga Sdn. Bhd. di mana perjanjian ini membenarkan mereka memohon menaikkan tol selepas tempoh tertentu.

Kenaikan tol 20\%-60\% baru-baru ini dikecam kerana ianya sama seperti merompak di lebuhraya pada siang hari yang membelakangkan hak pemandu, para pengguna dan rakyat Malaysia biasa demi kepentingan syarikat-syarikat besar, khususnya apabila kutipan tol telah melebihi kos pembinaannya:

RM 1.42 bilion untuk Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dengan tempoh konsesi 1999-2030, dengan tol dinaikkan daripada RM1 hingga RM1.60, iaitu kenaikan sebanyak 60\%.
RM 1.3 bilion untuk Lebuhraya Kesas dengan tempoh konsesi daripada 1993-2024, dan tol dinaikkan daripada RM1.50 ke RM2.20, iaitu satu oeningkatan sebanyak 46.7\%.
RM 336 juta untuk Lebuhraya Cheras-Kajang dengan tempoh konsesi daripada 1995-2026, dengan tol dinaikkan sebanyak 30 sen, iaitu peningkatan sebanyak 42.9\% dan 50\%.
RM 568 juta untuk Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dengan tempoh konsesi daripada 1994-2032, dengan tol dinaikkan di antara 20\% dan 25\%; dan
RM 501 juta untuk Guthrie Corridor Expressway dengan tempoh konsesi daripada 2005-2035, dan tol dinaikkan daripada RM1 ke RM1.40, peningkatan sebanyak 40\%.

Kami juga merakamkan perasaan tidak puas hati terhadap kenaikan tol ini apabila kualiti perkhidmatan oleh syarikat-syarikat konsesi ini masih lemah dan tidak boleh diterima. Ribuan pengguna lebuhraya-lebuhraya masih menghadapi kesesakan lalulintas setiap hari di plaza tol dan ini telah menjadi satu mimpi ngeri kepada semua pengguna jalanraya. Adalah amat membingungkan buat pemandu-pemandu di Lembah Klang untuk mereka membayar tol yang lebih tinggi apabila masalah kesesakan lalulintas, kualiti perkhidmatan yang rendah serta keadaan jalan yang teruk masih berlanjutan dan berlarutan.

Kami juga mendesak Kerajaan pimpinan UMNO untuk mengumumkan semua perjanjian konsesi penswastaan lebuhraya yang tidak adil ini, jikalau tidak cukai jalan patut dikurangkan kerana beban kewangan Kerajaan pimpinan UMNO untuk membina jalan baru sudah dikurangkan.

Pada September 2004, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Samy Vellu menyatakan bahawa Kerajaan pimpinan UMNO telah membayar RM1.04 bilion sebagai pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi lebuhraya sebagai sebahagian daripada usaha untuk offset kenaikan toll untuk tempoh lima tahun bermula 1999.

Oleh itu, kami mencadangkan supaya daripada terus membayar pampasan kepada syarikat-syarikat konsesi ini secara tidak adil dalam 5 hingga 6 tahun yang akan datang di sekitar 2011 2013, adalah lebih berbaloi dari segi ekonomi untuk kerajaan membeli balik lebuhraya-lebuhraya ini pada kosnya, yang mana ini bukan sahaja dapat mengelak mana-mana syarikat konsesi menjadi bankrupt, malahan ianya juga boleh menjamin pengguna-pengguna lebuhraya menikmati perkhidmatan lebuhraya yang lebih baik dengan tol yang lebih munasabah.

Kami juga ingin meingatkan Kerajaan pimpinan UMNO supaya jangan sekali-kala melupakan dan menyalahgunakan mandat besar yang diberikannya oleh rakyat semasa Pilihanraya Umum yang lepas. Apabila Perdana Menteri berjanji untuk menwujudkan kerajaan yang bersih, efektif dan mesra rakyat, beliau dan Kabinetnya mesti mengotakannya.

Oleh itu, kita juga meminta Kerajaan pimpinan UMNO untuk menghormati pendapat rakyat dengan menangguhkan kenaikan tol kali ini demi membolehkan orang ramai memahami dan memeriksa impak sosio-ekonomi kenaikan tol kali ini demi jangka masa panjang.

=======

Untuk sesiapa yang berkongsi pendapat yang sama dengan kami, kami memohon supaya anda dapat menyampaikan mesej ini kepada jabatan-jabatan kerajaan yang tertentu serta syarikat-syarikat konsesi lebuhraya yang terlibat untuk memprotes terhadap kenaikan tol yang tidak adil ini. Nombor-nombor telifon dan alamat-alamat emel mereka adalah seperti berikut:

1. Guthrie Corridor Expressway: 603 - 6038 5052, 603 - 6038 5270, [email protected]
2. KESAS Hotline: 603-5633 7188, emel: [email protected]
3. LDP Hotline: 603-7494 7333, 603-7494 7020, 603-7494 7000, emel: [email protected]
4. MTD Capital: 603-6120 3322, 09-233 0100,
5. Grand Saga Hotline: 603-9075 0505
6. Dato Seri S. Samy Vellu, Menteri Kerja Raya, 603-27714004, [email protected]
7. Dato' Syed Jamal bin Syed Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, 603-27714020, [email protected]
8. Malaysia Highway Authority (Lembaga Lebuhraya Malaysia), 603-8737 3000 / 8738 3000, [email protected]
Sign The Petition
OR

If you already have an account please sign in, otherwise register an account for free then sign the petition filling the fields below.
Email and password will be your account data, you will be able to sign other petitions after logging in.

Privacy in the search engines? You can use a nickname:

Attention, the email address you supply must be valid in order to validate the signature, otherwise it will be deleted.

I confirm registration and I agree to Usage and Limitations of Services
I confirm that I have read the Privacy Policy
I agree to the Personal Data Processing
Shoutbox
Sign The Petition
OR

If you already have an account please sign in

I confirm registration and I agree to Usage and Limitations of Services
I confirm that I have read the Privacy Policy
I agree to the Personal Data Processing
Goal
0 signatures
Goal: 1,000
Latest Signatures
no signatures yet
browse all the signatures »
Information
In: -
Petition target:
Menteri Kerja Raya Malaysia, Datuk Seri S. Samy Vellu
Tags
No tags
Embed Codes
direct link
link for html
link for forum without title
link for forum with title
728×90
468×60
336×280
125×125