Agenda Belia untuk Perubahan

Sign Now
petition image
Piliharaya umum semakin hampir. Parti-parti politik berlumba-lumba mendapatkan sokongan rakyat. Persoalannya di sini, apakah tuntutan belia dalam pilihanraya kali ini? Adakah belia tidak mempunyai pandangan serta pendirian terhadap isu-isu yang berlaku dalam negara? Adakah belia diberikan peranan serta ruang yang secukupnya dalam menyertai proses demokrasi yang diamalkan di negara ini?

Atas kesedaran tersebut bersama dengan tujuan menjadi wadah belia, Persidangan Perundingan Belia Kebangsaan (NYCC) yang bertema Gabungan Untuk Perubahan- Peluang dan Cabaran Anak Muda telah dijalankan dengan lancar pada 2 Disember 2007. Persidangan ini dianggotai oleh Youth for Change (Y4C) bersama dengan Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall Youth Section, Pusat Jana daya (EMPOWER) Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan National Young Lawyers Committee (NYLC) dan telah dihadiri oleh 80 belia dari seluruh Malaysia.

Persidangan Perundingan Belia Kebangsaan (NYCC) telah mengambil inisiatif menggariskan beberapa tuntutan untuk diberi perhatian oleh parti-parti politik yang bertanding dalam pilihanraya umum kali ini. Tuntutan-tuntutan tersebut meliputi aspek politik, pendidikan, ekonomi, sosial dan budaya serta alam sekitar. Tuntutan ini dibuat bertujuan untuk melihat Malaysia yang lebih baik bertunjangkan kerajaan yang berkebajikan serta mengutamakan hak dan juga kepentingan rakyat.

Ayuh kita sama-sama kita buktikan sokongan kita terhadap Agenda Belia Untuk Perubahan. Sokongan anda amat penting dalam memastikan perubahan ke arah yang lebih baik dalam sistem politik, sosial dan ekonomi negara ini.

Sehubungan dengan itu, pihak kami mengharapkan agar pihak tuan / puan dapat menyatakan persetujuan untuk memberikan sokongan terhadap Agenda Belia Untuk Perubahan.

Bersama-sama ini disertakan sesalinan Agenda Belia Untuk Perubahan untuk rujukan dan perhatian pihak tuan. Sila maklumkan persetujuan untuk memberikan sokongan terhadap Agenda Belia Untuk Perubahan kepada pihak kami selewat-lewatnya pada 21 Februari 2008, emel kepada
[email protected] atau faks 603-77831164.

Segala kerjasama dan tindakan lanjut daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Untuk pertanyaan dan penjelasan lanjut, sila hubungi Youth for Change (Secretariat NYCC), Lee Khai Loon (013-3970519, [email protected]) atau Empower, Teh Chian Yi (012-5588804, [email protected]).



Tuntutan-tuntutan Belia kepada semua parti politik

I. POLITIK

1. Melaksanakan sistem pendaftaran automatik bagi pengundi baru yang melepasi tahap umur pemilih;
2. Usia layak mengundi diturunkan kepada 18 tahun;
3. Mempermudahkan mekanisme pertukaran alamat pengundi dan melaksanakannya tanpa pilih kasih dan prejudis;
4. Mencontohi negara-negara Kesatuan Eropah (EU) yang mewujudkan Parlimen Belia (Youth Parliament) bagi menggalakkan peryertaan generasi muda dalam proses penggubalan keputusan (decision making process) di peringkat nasional;
5. Menyeru parti-parti politik supaya menyediakan lebih ramai calon pilihanraya daripada kalangan belia;
6. Menghapuskan peruntukan-peruntukan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang menyekat belia daripada melibatkan diri dalam politik;
7. Kerajaan perlu memperuntukkan sokongan kewangan tanpa prejudis dan diskriminasi untuk persatuan-persatuan belia mengadakan aktiviti yang memberi manfaat kepada masyarakat dan negara;
8. Mengkaji dengan lebih teliti implikasi-implikasi Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2008 terhadap persatuan-persatuan belia dan memastikan perlaksanaannya dilaksanakan secara konsisten dan tidak prejudis;
9. Memberi peluang dan akses untuk melatih pemimpin belia dari kalangan wanita dan golongan terpinggir di dalam setiap lapisan struktur penggubalan keputusan (decision making);
10. Membentuk kerjasama di antara ahli akademik dan jaringan masyarakat sivil untuk mengupas dan membahaskan isu belia dan kesaksamaan gender di peringkat nasional dan antarabangsa;
11. Memupuk nilai sejagat seperti hak asasi manusia dan kesaksamaan gender di dalam program bagi golongan muda seperti Rakan Muda dan Khidmat Negara;
12. Memperkenalkan mata pelajaran yang berkaitan politik di peringkat sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi;


II. EKONOMI

1. Mewujudkan dasar ekonomi dan sistem pengagihan kekayaan negara yang berdasarkan meritokrasi dan keperluan tanpa mengira kaum, agama, jantina dan umur;
2. Memaksimumkan penyertaan belia dalam penggubalan dasar ekonomi melalui platform yang bebas, adil, integriti dan mewakili golongan belia. Melibatkan belia sebagai sebahagian daripada penyelesaian masalah yang dihadapi oleh mereka, bukannya sekadar penerima dan pengguna sahaja;
3. Membantu belia dengan membekalkan latihan, sokongan kewangan dan prasarana-prasarana lain dengan matlamat untuk melatih belia supaya berdikari, professional, beretika dan dinamik dalam penyertaan aktiviti ekonomi, tanpa mengira kaum, jantina and agama;
4. Semua keperluan dan kepentingan awam perlu menjadi tanggungjawab kerajaan dan bukan diswastakan;
5. Para pekerja haruslah dibenarkan menubuhkan kesatuan di peringkat kebangsaan untuk memastikan hak-hak pekerja terjamin.
6. Mengkaji-selidik faktor-faktor pengangguran golongan belia dan seterusnya mencadangkan langkah-langkah konkrit untuk mengatasinya;
7. Minat dan kemahiran keusahawanan perlu dipupuk dan didedahkan di kalangan belia melalui siri latihan terutamanya mahasiswa yang baru tamat pengajian. Generasi muda juga perlu disediakan lebih banyak sokongan kewangan untuk memulakan perniagaan;
8. Kesemua amalan dan unsur yang menghina dan mengeksploitasikan wanita perlu dipantau dan dititikberatkan;
9. Kerajaan perlu mengkaji trend belia berhijrah dan bekerja di luar negara serta memastikan persekitaran bekerja yang lebih baik.


III. PENDIDIKAN

1. Melaksanakan dasar dan polisi pendidikan yang bebas dan adil, bermula dari peringkat rendah, menengah sehinggalah di institusi pengajian tinggi;
2. Bidang pendidikan seharusnya bebas daripada campur tangan politik;
3. Dasar pendidikan hendaklah konsisten dan tidak terlalu kerap dipinda;
4. Memperuntukkan kebebasan akademik yang secukupnya kepada seluruh warga pendidik dan juga pelajar dalam menyatakan pandangan dan melaksanakan aktivisma mereka. Ini termasuklah menghapuskan peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU);
5. Menyalurkan sebarang bantuan, subsidi serta kemudahan dan prasarana pendidikan kepada sekolah dan institusi pengajian tinggi tanpa sebarang prejudis dan pilih kasih;
6. Mengkaji semula dasar pendidikan negara yang terlalu berorientasikan peperiksaan semata-mata. Aspek-aspek sahsiah dan ko kurikulum seharusnya juga dinilai bagi mengukur prestasi seseorang pelajar;
7. Suatu kurikulum atau sistem pendidikan yang khas dilaksanakan khusus untuk masyarakat luar bandar dan pedalaman, disertai dengan langkah-langkah memperkasakan kepakaran perguruan dan infrastruktur pendidikan di kawasan-kawasan tersebut;
8. Mengkaji dan membuat tinjauan terhadap implikasi pengkorporatan institut pengajian tinggi awam (IPTA) / institut pengajian tinggi swasta (IPTS) dan seterusnya mencari penyelesaian masalahnya demi meningkatkan prestasi serta kualiti pendidikan di IPTA/IPTS;
9. Menganjurkan kursus pendidikan seks di dalam sekolah supaya memupuk pengetahuan hubungan yang sihat dan saling menghormati di antara lelaki dan perempuan. Di samping itu, kesedaran terhadap kesaksamaan gender perlu dipupuk di kalangan belia;
10. Menyedia dan memperbanyakkan Institusi pendidikan khas secara percuma untuk golongan kurang upaya harus disediakan dan senang diakses oleh golongan tersebut;
11. Menghapuskan surat Aku Janji yang mengkongkong kebebasan mahasiswa dan mahasiswi serta pensyarah-pensyarah atau staf di institusi pengajian tinggi.


IV. SOCIO-BUDAYA

1. Sekolah sebagai platform membina kesatuan dan mengeratkan hubungan antara kaum di Malaysia. Untuk menggalakkan persefahaman kaum, silibus pendidikan perlu disemak semula dan memasukkan aspek penghayatan terhadap kepelbagaian budaya dan agama supaya difahami oleh para pelajar ke arah menghargai kepelbagaian yang wujud dalam masyarakat;
2. Akitiviti-aktiviti luar kurikulum dan projek-projek luar bilik darjah yang bersifat silang budaya (inter-cultural) juga patut digalakkan.
3. Menggalakkan penguasaan multi-lingual (Bahasa Melayu, Inggeris dan tambahan samada Mandarin/Tamil/Arab) di kalangan para pelajar di peringkat sekolah sehingga ke peringkat universiti.
4. Sistem pendidikan juga perlu memberikan penekanan terhadap aspek-aspek sains sosial seperti pengajian sejarah, kebudayaan, ketatanegaraan selain daripada penekanan terhadap sains gunaanuntuk melahirkan generasi muda yang bukan sahaja berteknologi tetapi juga berbudaya dan bermaklumat.
5. Sistem pendidikan perlu mendorong para belia supaya menjadi all-rounder supaya mereka berkemampuan dari pelbagai segi dan berupaya memikir secara berdikari dan kritikal.
6. Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) dan Rakan Muda perlu disemak pengisian, masa dan kaedah perlaksanaan serta prasarananya supaya aspek perpaduan, jatidiri dan kebudayaan dapat diterapkan secara lebih efektif di kalangan peserta;
7. Memansuhkan syarat yang mewajibkan para remaja menyertai PLKN dan mendakwa pelajar tersebut sekiranya enggan menyertai program tersebut. Penyertaan ini mestilah secara sukarela;
8. Memansuhkan akta-akta yang menyekat hak rakyat untuk bersuara dan memberikan pandangan dalam isu-isu yang membabitkan kepentingan rakyat;
9. Menggalakkan dialog peradaban dan agama bagi mengukuhkan perpaduan nasional melalui pemahaman yang mendalam terhadap nilai-nilai pegangan setiap bangsa dan agama;
10. Malaysia seharusnya menandatangani International Convention on Civil and Political Rights (ICCPR) dan International Convention on Economic, Social, and Cultural Rights (ICESCR) agar hak rakyat dapat dijamin;
11. Menghapuskan sebarang polisi dan amalan yang berasaskan kaum bagi mengelakkan jurang antara kaum semakin melebar.


V. ALAM SEKITAR

1. Kerjasama rapat di pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan individu dalam memastikan ekosistem dapat dijaga terutamanya dalam mengekalkan zon kawasan hijau termasuk hutan simpan rekreasi, kawasan paya serta kawasan marin di negara kita.
2. Mengadakan kempen-kempen kesedaran secara lebih agresif bagi menarik lebih ramai lagi anak muda mencintai alam sekitar dan menjadi aktivis alam sekitar.
3. Menggubal dan menguatkuasa undang-undang serta akta-akta yang berkaitan dengan alam sekitar seperti akta perhutanan untuk memastikan kemapanan alam sekitar dan memastikan kesinambungan sumber alam sekitar untuk generasi depan;
4. Memberi perhatian untuk golongan orang asli atau komuniti yang bergantung kepada sumber alam sekitar terutamanya melibatkan penyertaan mereka serta mengadakan konsultasi penuh sebelum pembangunan dijalankan;
5. Mempertimbangkan dan menyelaraskan polisi kerajaan terhadap hak tanah adat dan memastikan kepentingan golongan tersebut dikekalkan sebelum/ selepas tanah diwartakan. Jika tanah tersebut dibangunkan, golongan yang bergantung kepada sumber alam sekitar patut menerima manfaat daripada sebarang pembangunan, contohnya manfaat sosioekonomi/ peluang pekerjaan daripada pemilik ladang kelapa sawit;
6. Memperkenalkan subjek alam sekitar dalam sistem pendidikan formal bagi menanam dan menyemarakkan minat dan kesedaran generasi muda terhadap alam sekitar. Contohnya seperti di Jepun;
7. Proses konsultasi secara terbuka dan ikhlas untuk mengumpul pandangan dan cadangan penduduk setempat sebelum projek pembangunan atau pembinaan infrastruktur yang dapat mengubah struktur alam sekitar, contohnya pembukaan lombong, pembinaan stesen telekomunikasi dan alat pembakar hangus (incinerator) serta penggondolan kawasan hutan.



Sign The Petition
OR

If you already have an account please sign in, otherwise register an account for free then sign the petition filling the fields below.
Email and password will be your account data, you will be able to sign other petitions after logging in.

Privacy in the search engines? You can use a nickname:

Attention, the email address you supply must be valid in order to validate the signature, otherwise it will be deleted.

I confirm registration and I agree to Usage and Limitations of Services
I confirm that I have read the Privacy Policy
I agree to the Personal Data Processing
Shoutbox
Sign The Petition
OR

If you already have an account please sign in

I confirm registration and I agree to Usage and Limitations of Services
I confirm that I have read the Privacy Policy
I agree to the Personal Data Processing
Goal
50 signatures
Goal: 50
Latest Signatures
18 December 2015
50. Kurosakiduo Barrera | sokong laa........sokong laaaa....yg mana anda rasa ianya....baik utk negara.....sekian~~
18 October 2015
49. Leong Lihs | I support this petition
28 July 2015
48. Mohd H | a change in govt hopefully will change the nation
19 July 2015
47. Noor Aminbina | Masa Untuk Perubahan!
2 July 2015
46. Nur Majdinak | I support this petition
2 April 2015
45. Remy F | I support this petition
12 February 2015
44. Zuhairi Fuentes | I support this petition
24 December 2014
43. Ezreen Emiras | I support this petition
6 July 2014
42. Mohd Aliakhbarbino | I hope all malaysian youth can stand on their rights and hopefully malaysian government will hear our voice more than uneducated mat rempit..please help us..
24 May 2014
41. Ila A | I support this petition
16 May 2014
40. Shina Benjamin | TEGAKKAN AGAMA ALLAH ...BASMI RASUAH DI KALANGAN PMIMPIN,BASMI KMISKINAN DI KALANGAN RAKYAT PEDALAMAN..MANSUHKAN HIBURAN MLAMPAU..
24 March 2014
39. Faiz Harper | vote 4 change
28 January 2014
38. Abdul A | I strongly support the ideologies for the revolution of our country in order to fight all the way against corruption and rotten system with the intention that all the Malaysian deserve better life
21 January 2014
37. Mohd Azizulbinz | I support this petition
13 January 2014
36. Mhafriz Reese | I support this petition
7 January 2014
35. Noor A | I support this petition
1 January 2014
34. Gimson Riquelmanl | made this real
22 October 2013
33. Shahrul A | I support this petition
17 September 2013
32. Anakgajah Bennett | Brighter future for Malaysian youth!
16 September 2013
31. Mohd Syafiqabdg | Lets us Change the Future of Leading the World TOmorrow =D
24 July 2013
30. Faris Hardy | Saya menyokong penuh agenda belia untuk perubahan. Suarakan kepentingan belia negara yang mahukan kerajaan yang adil untuk semua rakyatnya
13 July 2013
29. Mohd Faizamirh | I support this petition
14 April 2013
28. Wilson Y | Its time for the youth now...its 2008 for heaven's sake..how long will the old blood control and corrupt the country?
20 January 2013
27. Iskandar Zulqarnainbmohds | saya menyokong usaha ini kerana bg sy remaja layak diberi lebih byk tanggungjawab(di dalam aspek kenegaraan).ini boleh mendewasakan mereka seterusnya melahir kan generasi yang lebih patriotis
29 June 2012
26. Mohd S | Berlaku adil dituntut dalam agama Islam
browse all the signatures »
Information
In: -
Petition target:
Semua rakyat Malaysia
Tags
No tags
Embed Codes
direct link
link for html
link for forum without title
link for forum with title
728×90
468×60
336×280
125×125